CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 22, 2010

Ari berseri

Hehehehe.. Kalau dah namanya ariberseri kena la berseri2 kan? Ada la sikit planning untuk ariberseri akan datang nie.. Bila tanya baby dia ckp nak makan kat Secret Recipe. Hantu kek coklat dia nih. Jadinya nak makan kek coklat la nampaknya. Taknak cc dah la tu kot.. tak pun dia lupa psl cc.. Hehehe.. Takpe2. Share kek lak.. Best tikit. Slalunya bila sampai tarikh2 istimewa ni aku faham2 dh, dia mesti tggu kad/surat yang aku tulis, aku decorate, aku cipta sendiri. Macam yg sebelum2 ni.. Boleh dia cakap


Ingatkan takde kad macam tahun2 lepas


Nampak sangat dia mengharapkan kad-kad ucapan yang ada kata2 indah hasil tulisan aku. Selalu aku salin balik sms2 yang lama2.. Pastu apa je ayat yang dia penah cakap kat aku sama ada yang jiwang mahupun yang ngarut2.


First hadiah untuk ariberseri pertama kitorg aku tak tahu nak bagi apa. Hadiah? Aku tak suka bagi brg2. Nak bg benda makan tak tinggal kesan sentimental lak. Dok pk2 depan laptop kesayangan aku tu tetiba teringat pasal slide show untuk presentation yang slalu aku kena buat untuk present dalam kelas. So aku pun mula la create satu slide ke satu slide. Time cuti semester 4 aku bawa laptop masa jumpa dia. Serius dia pelik. Pastu aku pasangkan slide show tu.. Beriya2 dia baca sume yang aku tulis, ngarut2 dalam tu. Pictures kitorg sume aku susun cun2.. Terharu la si dia. Bila si dia dah terharu aku pun kembang lahhhh..  Dia dok ulang la slide show tu byk kali dah mcm budak kecik tgk citer katun dok ulang berkali2. Aku bia kan je. Dalam hati puas!


Second ariberseri aku bagi kad. Tak sempat nak bt slide show sebab assingment  ngan tesis dah belambak time tu. Tak sempat nak ber'slide show'. Beli pen kaler2, kad kaler2, terus conteng apa patut. Ifah dok meja sebelah aku terus nak bt gak bg kat bf dia. Dah kalo tiap2 mlm lps kul 12 bila dh tutup lampu, rumet lagi dua org dah tido ni la keja aku. Gunting2 kertas, tampal2 kertas, tulis2, lukis2.. Buat kad nak bagi baby la katakan. Dalam seminggu gak la aku siapkan kad ariberseri tu. Akhirnya sgt la memuaskan aku. (kalo leh nak msukkan pic kad2 yang aku buat, tapi sume kad2 aku ada kat baby, dia simpan. nanti aku mintak kat dia, aku upload kan eh). Masa cuti semester 6 aku jmpa dia, kitorg celeb aariberseri kat kedai makan je.. serius tak grand kan? Tapi sikit aku tak kisah.. Masa aku bagi kad hasil kerja tangan aku tu ada lak member2 kelab kitorg tu nampak, ada pulak suara bertanya dari jauh


kad kawen sape tu weih?


Ada rupa kad kawen ke? Yela kot.. Dah lipat pun macam kad kawen. Siap ada nama aku dengan baby kat side atas dengan side bawah kad mana tak macam kad kawen.. hahahaha.. gelak sendiri sebab kad ariberseri dah macam kad kawen. Kitorg sengih jela.. Takkan nak cakap ni kad ariberseri kitorg lak. Mampus kena gelak. Jiwang nak mampus celeb2 ariberseri ni (macam diorg tak celeb ye dak?). Eleh, diorg pun celeb tapi takde la kat kedai makan macam kitorg ni ha. Apa kelas. Tapi apa aku kesah? Janji aku happy dapat celeb kan? Tak salah kan?


Third ariberseri? Alamak, apasal macam lupa je ni eh? Tgh2 taip ni serius aku lupa. Aku memang bagi kad as usual la.. Seingat aku, aku takde la buat kad gojes sgt. Sebab bz dengan keja. Saabtu ahad sibuk merayap dengan baby. Jadinya kad ala-ala biasa gitu. Tapi apasal aku tak ingat eh bentuk kad tu. Kaler apa pun aku lupa. Ishh! Nak tanya baby kang kena marah lak, kang dia cakap aku lupa kad2 aku buat tu. Cakap aku tak hargai. Boleh ke camtu? Aku lak yang tak hargai. Yeke? Hehehe.. Serius, sampai di saat ini aku masih tak hengat. Nantilah aku updated ye. Lupa sangat nih!


So, nex month.. January. Is our fourth anniversary. Lum tau nak bt ap. Yang pasti kena buat kad or something he can read. Yang dah siap cuma lah surat rasmi. Pastu blank taktau nak bt apa. Tgh pk benda selain kad. Surat rasmi tu memang pelik kan? Hehehe.. Baby aku memang suka benda gila2 yang aku buat. Ni dok pk apa benda yang gila2 ni. Ada lagi sebulan je sebelum date line.. Sempat punya. Nanti ajak baby g jusco AU2 Keramat beli paper kaler2.. Jangan gtau dia dah la yang paper tu utk buat kad ariberseri. Nanti tak suprise la kan.


Occay, nanti continue lagi ye..


Tata!

No comments: