CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, December 1, 2010

Awan Kuning

Awan Kuning

1 message received.
Hye, boleh berkenalan?”
Baru aku mengerti, aku membenci seseorang tanpa sebab. Kejam.
Malam-malam aku tak sunyi lagi. Ada saja mesej dari dia yang buat aku tersenyum sendirian. Tersengih-sengih macam kerang busuk..hehe
Kalau dia tak mesej aku, aku akan missed call dia..hehe..tak tahu la kenapa..saje-saje je sebenarnya (yelah tuu..)
Dan macam biasa, mesej-mesej lucu dari dia akan aku baca sehingga mata aku terlelap sendiri.
Sehari aku tak tersengih baca mesej-mesej dia aku jadi gelisah, rasa macam ada hal yang buat hidup aku sunyi. Dan sebab itu nombor handphone dia aku dial. Missed call sahaja. Hehe..
Pernah aku rasa ‘hishh,asyik aku je missed call dia..huh!’ sanggup aku tunggu dia missed call aku walaupun aku rasa sunyi teramat sangat masa tu..huhu..geramnya, rasa nak missed call dia gak, tapi..ego! weykk..hehe
Missed call 017 2254772
Yeah!!! Dia missed call aku..haha
Dan setelah semakin lama, bila aku missed call dia, dia mesej “rindu ke?”
Cisss..Tergugat keayuan aku. Hampeh!
5,6 kali gak dia bagi soalan macam tu kat aku tiap kali aku missed call dia..
Terkebil-kebil jap mata aku baca mesej tu..Yeke eh? Tak lah. Memang tak. Hishhh.

“Kalau kau ada masalah, sebut nama aku 3 kali”
Aku ketawa baca mesej dia. Perlu ke aku sebut nama dia 3 kali kalau aku ada masalah..Hishh..Hehe. Macam jin dalam teko ajaib la pulak dia ni.

****
Aku duduk berdua dengan Ifah di bilik pantry. Konon nak baca buku.. Konon je..
Ifah layan handphone dia. Aku tunggu mesej masuk. Macam tak masuk-masuk je..
Beberapa minit kemudian aku rasa semakin sunyi dan bosan. Mana mesej-mesej indah dia? Mana dia pergi. Dah dua hari dia senyap menyepi.
Sejam kemudian aku makin gelisah. Sepatutnya waktu-waktu macam ni dia dah mesej aku. Tak pun missed call aku. Mana dia pergi?
New Message.
Taip.
Shahir. Shahir. Shahir.
Send.
Cisss..Patutnya aku sebut nama dia masa ada masalah. Apahal la dengan aku ni!
1 message received.
Ada senyuman terukir. Hati berbunga-bunga. Berbalas mesej macam melepaskan kerinduan.
Kejap. Kerinduan? Silap ni.. Tidak,tidak dan tidak.

Do you love mee?”
Entah apa yang buat aku jadi merah padam. Malu campur terkejut. Cepat je aku balas mesej dia menidakkan soalan panas dia tu. Kelam kabut.
“Laa, aku tanya kau suka makan mee tak? Bukan do you love me.”
Damn!
Terkena aku. Hampeh punya budak. Main-main kan aku pulak..
Muka dah merah macam kena bakar, kulit muka rasa macam kebas je ni. Hilang keayuan aku yang sememangnya tak ayu.
Dalam rasa malu tu terselit gak rasa marah. Rasa nak fire je mamat ni.

Dah kerap aku bermesra indah dengan dia dengan menggunakan tiket persahabatan, tiba-tiba dia tanya “Takpe ke aku surau-surau dengan kau ni?”
“Aik, punya la lama kita kawan, mesej-mesej.. Baru hari ni kau tanya? Nape?”
Dia risau kalau-kalau aku tak suka dia bergurau. Takut aku tersinggung dalam banyak hal yang dia guraukan. Belum pernah lagi aku tersinggung dengan gurau senda dia. Kalau ada pun takde la teruk mana. Abis-abis pun aku tak balas mesej dia, tapi esok aku mesej dia semula. Sampai tahap nak marah-marah dia, maki dia takde la. Kita kan kawan.

Terlalu banyak kisah-kisah indah aku dengan dia sepanjang aku menganggap dia kawan aku. Hadirnya kerinduan yang aku sendiri tak sedar. Yang pasti aku terlalu gembira ada dia sebagai kawan aku.
Pernah aku ada kawan lelaki sebelum dia. Tapi tak sama macam dia. Dia terlalu berbeza sehingga aku lupa dia mungkin akan pergi tinggalkan aku kalau dia ada girlfriend satu hari nanti. Masa tu mesti aku sunyi, lebih sunyi dari dulu. Tak kan ada lagi mesej-mesej lucu yang buat aku ketawa dan senyum tiap kali baca mesej-mesej dia. Hanya dia.
Namun, perkara yang paling aku takut dari seorang kawan lelaki bila dia menyatakan yang dia mahukan hubungan ini lebih dari seorang kawan. Aku takut kehilangan seorang kawan. Dah banyak kali jadi. Baru kawan seminggu dua dah mintak serius. Bila aku tak nak diorang hilang senyap tak tahu kena sorok dengan bunian mana ntah. Tapi aku tak kisah. Diorang bukan best pun. Setakat diorang nak hilang kena sorok dengan jin aku lagi suka. Rimas lelaki-lelaki macam tu. Belum apa-apa dah lebih-lebih. Tapi bukan dia. Tolonglah. Aku tak nak kehilangan dia. Aku nak jadi kawan dia sampai bila-bila.

Masuk kali keberapa ntah dia tanya kalau-kalau aku mahu hubungan lebih dari seorang kawan. Setiap kali dia tanya soalan macam tu aku jadi takut. Tak nak. Aku belum sedia untuk hubungan yang serius. Serius, aku dungu tentang hal cinta. Tak tahu dan tak pernah. Tapi sudah lebih 3 kali dia bertanya dalam jangka masa yang berbeza. Satu je, aku sebenarnya takut nak kata ‘tak nak’ secara terus terang. Sebab aku takut dia hilang. Macam lelaki-lelaki hampeh lain tu. Aku tak nak dia pergi.
Betapa aku gerun kalau dia tanya lagi. Aku takut dia fed-up dengan jawapan tak memberangsangkan dari aku. Tolonglah jangan tanya lagi.

Kerana takut dengan bayang-bayang sendiri, aku jadi bingung dengan perasaan sendiri. Pertanyaan yang aku takutkan dulu menjadi persoalan yang aku tunggu-tunggu. Tapi dia tak tanya lagi. Sunyi. Aku masih tunggu. Sebab kalau dia tanya, aku nak katakan yang aku rindukan dia. Rindu lebih dari sorang kawan.
Ada sikit kekesalan bila aku sering menolak pertanyaan dia. Rasa menyesal kenapa aku tak beri dia peluang. Aku tak yakin aku mampu jadi yang terbaik untuk dia..huhu

“Kau ingat lagi tak soalan yang kau selalu tanya aku tu?”
“Ingat.Nape?”
What if I say yes?” Seakan takde setitik darah mengalir ke muka. Sejuk. Berdebar-debar aku tunggu dia balas mesej aku. Akan kah dia balas “Alamak, sorry la aku dah ada girlfriend la..Baru je..” Mati. Mana aku nak sorok muka aku ni. Dulu orang nak, kau tak nak. Sekarang kau terhegeh-hegeh pulak.
1 message received
“Terima kasih..”
Pulak. Terima kasih apa pulak ni.. Apa la yang mamat ni merepek.. Jawab la ‘Yahoooooo!!!! Bahagianya!!!’
Terima kasih je? Ishhh.. Tak romantik la mamat ni..huhu

Yang kamu tak tahu Saila, dia di sana seakan tak percaya. Ntah bila kaki dia melangkah, ntah macam mana dia berfikir, dia sendiri tak tahu. Dunia jadi sejuk macam salji lebat turun menutupi permukaan bumi. Manusia seakan hilang ntah ke mana. Hanya ada angin dingin. Dia bingung dalam gembira.

19 Januari 2007 melabuhkan tirai dengan senyuman tak lekang dari dunia. Mahu menyatakan kepada dunia yang aku dan dia terasa bahagia dengan rindu yang tak perlu di sembunyikan lagi. Mulalah coretan,kisah sedih, suka, duka bersama.


Daaa~






No comments: