CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 28, 2010

Hujan Manusia Di Kuala Lumpur

25 Desimber 2010 (Sabtu)

8.15 pagi - Dengar suara2 sumbang dlm bilik tido aku. Adik aku yang kecik (Miza) dok pilih2 jeans aku untuk disarungkan ke kaki dia. Lps 10min dia kejut aku.

Aku pinjam suar jeans ko yang ni leh tak?

Aku bukak mata, tgk jeans aku dh sarung pun kat kaki dia.

Pakai lah. Dalam hati dh agak dh. Dia takkan pilih suar aku yang bukan2. Dia pilih yang sopan2 je. Haha..

Lepas setengah jam aku dgr suara ibu aku lak.

Adik nak pakai baju ko yang ni, leh tak?

Aku bukak mata lagi, baju aku beli tapi tak pakai sebab nampak ketiak kata baby aku tuh. Dia tak suka aku pkai baju mcm tu. Jadi aku simpan je. Adik aku si Miza nak pakai dgn inner hitam. Amek terus pun takpe.

Sambung tido lagi.

9.30 pagi - Bangun bila rasa bilik aku sunyi. Adik aku si Leha tido lagi kat sebelah aku. Ni mesti ibu aku dengan Miza dh pun menuju je Jalan TAR. Yeahhh! Best diorg takde. Leh malas2 lagi. Belek2 handphone, pastu golek2 kejap dah start rasa bosan. Kejut minah sebelah aku ni suh dia bangun. Ayat kena manis kalo tak dia tak bangun

Jom g pasar, minum2. Malas sungguh nak buat sarapan kat rmh. Saya malas, saya OK! Hahaha (bengong).

Still tak bangun. Takde masa lah nak ayat manis2 nih. Aku kejut dia dgn cara paksa akhirnya dia bangun dengan terpaksa la jugak.

10.30 pagi - Decide nak g shopping.

12.30 pagi - Complete bersiap. Lama sungguh. Sarapan tikit sebelum gerak.



Leha tak bagi aku pakai mcm ni. Dia suh gak aku pakai suar. Menci. Aku tetap nak jugak.
Akhirnya tak berjaya. Kena pakai suar gak.



.
.
.
.
.
.
.
.


Sampai gak kat Times Square. Untuk kali ke brape puluh ntah. Blkg tu tempat arrival penumpang2 Monorail mcm kami ni ha.

Leha cakap : Kaki aku memang untuk dipijak.. Hahaha..
Ayat ni kuar dari mulut beliau sebab kaki dia asyik kena pijak masa dlm monorail. Nak buat cane. Monorail fulled. Sesak. Padat. Bila monorail tu amek kona (corner) sume impit ke tepi. Jadi nasib la kaki sape kena pijak, badan sape jd tempat sandar. KL la katakan. Mana tak padat. Nak sorg2 sila lah naik beca.

Jadi tumpuan pertama ialah pokok krismas. Sebab kat rmh kami takde pokok ni, jadi laju2 kami g kat pokok krismas yg ada kat tgh2 Times Square tu. Sume berebut nak g kat pokok krismas tu tau. Yelah, sume org takde pokok tu. Yang ada pokok mangga je kat laman rmh kan.



Buat2 pegang ornament tu. Tu nama saintifik dia. Nama panggilan harian aku bola gantung2 kat pokok krismas tuuu..


Leha, pic ko kat pokok krismas takyah la eh. Ni kan blog aku. Kalo ko nak pic ko banyak2 dlm blog sila buat blog sendiri ye. Terima kasih :)))




Aku paksa leha posing kat situ sebab nak pic mamat rambut merah kt blkg tu sebenarnya.



Time tgh sesak ni aku paksa gak Leha posing tgh2 kaki lima tu. Nak nmpk effect sesak la katakan.




Gila ramai kan. Pemandangan biasa kalo hari cuti umum. Kena lak ari minggu. Lagi la.. Dah tak nampak kedai. Nak window shopping mmg takleh. Bukan nmpk bju pun. Nampak org je. Yang mana sales girl ngan customers pun tak kenal dah. Serius!


Dah penat beli belah, Leha merungut nak duduk. Ishh, aku tak puas memilih dan memilah lagi dia mintak nak duduk lak. Mana ada bench kosong dah time2 sesak ni. Sume fulled dengan pakcik2, budak2 kecik dok melepak kat setiap bench yg ada kat kaki lima Times Square tu. Tunggu mak, bini, kakak, makcik shopping la katakan. Ada gak boyfren2 sesat duduk kat bench tggu aweks mereka shopping. Sebab tu aku kalo shopping takde makna la nak bw baby. Gila nyampah aku kalo tgk bf aku dok nganga2 tgu aku beli belah. Semak je aku rasa. Gangguan.

Jadi sebab Leha dh merungut ckp sakit pinggang ikut aku masuk sume kedai, jadi tumpuan kami beralih ke bhgn makanan pulak. Sume penuh. Takde langsung meja kosong. Secret Recipe fulled. Mary Brown fulled. Sushi King fulled. McD dan KFC lagi la, xyah ckp.



Posing je.



Ni pun posing je.


Subway dh msuk, tgh bc menu leh lak Leha tarik tgn aku kuar dari situ. Dia tunjuk menu nama Turkey Breast. Mengong. Dia takmo. Takkan la mkn breast si turkey tu kot. Kan? Nampak lak kedai makan nama Uncle Duck Leha bantai gelak. Hahaha.. Pakcik Itik sape lak ye.. Nampak Kenny's Roges. Line up punya lah panjang. Tak jadi. Penat pusing2, kaki dh mintak rehat aku paksa gak Leha msuk Kenny's Roges. G kat welcoming girl ( Nigeria kot) dia cakap

Chicken is not ready. You have to wait for half an hour.

Bincang2 dengan leha, decide gak mkn situ.

Table for two please.

You dont mind to wait for half an hour?

Its okay, i'll wait. ( aku nak duduk sesangat dh ni. tak kira. nak masuk gak )

Dapat duduk sangat lah lega.



Lama gila minah ni pilih menu. Dia nak sume. Ko keja sini jelah kalo nak sume ye.



waiting for our food. snap2 dulu. sengih2 sikit.



My Meal :  Quarter Meal
- 1/4 Ayam Roasted
- 3 side dishes (aku pilih BBQ Baked Beans, Coleslaw & Garden Pasta Salad)
- 1 Kenny’s Home-made Muffin ( perasa Banana)
Harga RM 15.90 sahaja






Leha's Meal : Chicken and Pasta Meal
- Beef Bolognaise Spaghetti
- Fresh Fruit Salad
- 1/4 Chicken Roasted ( black pepper ) 
Harga RM 18.90 sahaja




Leha's Drink : Manggo Juice saja.
Harga RM 5.90 sahaja.
Tu Home-made muffin td. Flavor Banana. Rasa mcm kek pisang.



My Drink : Four Seasons Fizzy ( aku pilih Autumn )
Harga RM 5.90 sahaja.










Bila dah kenyang....




Lama gila kitorg nak abiskan ayam2 tu. Huhuhu..
Occay, its time to go home!

Tetiba sebelum kuar dr Kenny gojes tu ayah aku msg suh beli CD kosong utk menge'burn'. Kenyang2 ni  kena g Low Yat  lak. Jadi di Low Yat aku pun telah terbeli la handphone SE Hazel (J20i).

Occay, enuf. Balik2.



Muka puas hati setelah menghabiskan duit yang ada ( mengong )



Tepi jalan. Nampak arrow tunjuk Plaza Low Yat? Situ la.. Haha



Odw g Monorail Jln Imbi.



Singgah jap semata2 nak posing kat pokok comel tu.



Blkg tu ialah bangunan Berjaya Times Square yang berjaya mengambil semua duit2 aku.



Kat eskelator Monorail Jln Imbi. Perlu ke? Lantaklah.

Occay, balik kena marah dgn ibu sebab byk sgt beli brg. Katanya nape tak simpan duit lah apa lah. Nak amek hati bg dia jgn bebel2 dgn lebih lanjut, aku ajak fmly aku g mkn kat luar. Kat mana? Nanti aku tulis di tajuk yang lain ye.

Tata!








No comments: