CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 10, 2010

Muka buruk PC takmo ON kot?

Pagi2 lagi kwn baik aku (paling baik tau!) dh call.. Tekejut gak aku sebab kwn aku ni keja sektor swasta. Slalu ssh giler dia dpt call aku, sebab dia mmg bz abis. Tapi pg ni aku bru blk dr beli bihun goreng lada hitam + paru (rm1.50) haha fon ofis aku berdering. Ingatkan bos aku.

Upanya ada benda dia nak citer.. Patut la gigih kau call aku eh Fah. Pung, pang, pung, pang abis satu citer. Masuk lak citer lain. Bihun dgn paru aku dh panggil2 dh. Last skali citer pasal kwn kitorg. Nama dia dalila (bukan nama sebenar, cuma nama singkatan) semalam dalila ni g interview keja sbg admin. Dalila ni pun citer la kat Fah (kwn baik aku) pengalaman dia ms interview tu. Ada ke patut, apply keja admin (kerani la tu) kena kondem dgn penemuduga tu. Kondem apa kak non? Pasal badan si dalila tu. Haram betul. Kalo apply keja pramugari (pelayan makanan atas langit) takpe gak kena kondem sebab industri tu mmg tgk rupa, badan, kuku, kutu sume lah. Tapi ni keja admin. Pelik. Kondem lak g ckp badan dalila ni x cantik. Abis badan org yg temu duga kau tu cantik ke dalila? (penemuduga tu lelaki okay) siap cakap dalila ni kena jaga badan apa sume. Jap eh kak non, msti korg ingat dalila ni buruk sgt kan? Dia ni tinggi, badan sesuai dgn tinggi dia, rambut panjang rebonding lagi. Rupa ada, idung mancung tau. Pastu baik lak tu. Apa ntah yang tak kena. Ada ke patut mamat gatal (refer kepada penemuduga tuh!) tu cakap dalila ni kena jaga badan, jgn bg badan naik lah kembang lah. Ada kene mengena ke dgn keja admin? Musykil aku. Siyes! Agaknya kalo badan tak cung (cun), bila print kerja dakwat takmo kuar kot. Dang! (damn)

Pastu mamat gatal tu. Memang miang dia nih. Dian tanya lak dalila ni dah ada BF ke? Aik??? Perlu ke? Lagi aku pelik. Dalila ni baik, dia pun jujur la cakap dia ada BF. Skali yang si gatal ni leh sound lak dia cakap BF dalila ni tak bagus sebab terima dalila ni dengan badan mcm tu? Badan mcm mana? Perfect dowh. Siyes! Nasib aku takde pic dalila tu, kalo tak leh aku jadikan bukti kat sini. Kesian tau kwn aku tu, kena kondem pasal badan ngan BF ms g interview jawatan ADMIN. Saya tegaskan di sini ye, jawatan ADMIN. Malas nak bold perkataa admin tu. Sakit hati.

Perenggan kat atas tu kira perenggan pendahuluan tau. Kat sini baru ai nak ngomen pasal isu muka buruk VS muka santek ni. (ish, ngomen la..bukan romen. ngomen tu kira komen la).

Isu nya di sini.. Kalau muka santek dpt la tempat. Tapi kalau muka tak bape nak santek ni takde la tempat gamak nya. Kalau nak jadi artis, pramugari, jurujual/perunding alat kecantikan, model, dan lain2 boleh la nak tekankan aspek santek tu. Dah mmg tu aspek wajib nak jadi artis, model. Tapi kalo keja admin, keja dlm ofis ngadap komputer apa jadahnya nak muka santek2? Kalo muka tak santek nanti printer rosak ke? PC takmo ON? tak pun surat2, invois2, bil2, terbakar eh?

Senang kata : Lumrah alam, suka kan kepada kecantikan.

Shit! (mencharut sudah)

Maunya tak mencarut. Memang la suka kepada kecantikan. Tapi agak2 la, jgn la sampai sekat periuk nasik orang dol! Ni keja admin mintak pemohon2 yang cung2. Apa ntah. Gila seks la tu. Memang giler seks diorg tu, kalo x apsal nak pilih yang cung2. Nak usha bukan2 la tu kan? Pastu buat skandal. Haram betul. Benda ni memang jadi ohey. Buktinya bila muka staff yang cung2 ni slalu ke berkepit dgn boss2 atau org atasan. G meeting lah, lunch dgn customer lah, dinner lah, pastu dating skali. Ni bukan suara jeles k, diulangi, bukan suara jeles tapi ni suara ketidakpuasan hati bagi golongan2 wanita yang tertindas. Ni kira diskriminasi tau tak? Kalo kat USA, diorg dh bw ke mahkamah dh hal ni. Tapi kita kat sini ada ke kak non? Takde makna nya. Moralnya takyah la ngaji smpai degree, pinjam PTPTN, hutang nk kena bayar last2 muka cung2 ngaji tak brape nak pandai ni dpt keja admin gaji rm2300.00. Ini kenyataan, memang bukti depan mata aku. Orang yang aku maksudkan ni memang aku kenal nyata2. Pakat ramai2 xyah msuk U buat degree, master bagai kita just g kelas kecantikan. Lps SPM trus masuk akademik kecantikan. Pastu spend duit ribu2 cucuk sana cucuk sini, pkai breses (betul ke aku eja? pendakap gigi), buat rambut, rampingkan badan, putihkan gigi, tanam rambut bla,bla,bla,bla pastu apply keja. Amacam? Yang ado duit. Yang tak ado duit ni gymana? Baik la timba ilmu kak non, cantik ni x kekal lama. Kalo ilmu kan berkat, islam pun suruh kita tuntut ilmu sebab apa? dengan ilmu la kita dihormati (jgn gunakan ilmu utk belagak eh!), takde la kena tipu, org tak bodoh2 kan kita.. Kan? Kalo korg taknak setuju pun lantak lah, ni kan blog aku. Suka hati aku la.. hahahaha..

Dah lah, malas lah nk tayep lagi. Bikin panas hati je tau. Bihun aku dh sejuk dh. Neskepe aku pun sejuk dh kena ekon ni ha.. Baik layan bihun.

Untuk yang sedar diri, yelah kita ni tak bape santek. Santek k, tapi di mata org yg gila kira kita ni tak santek abaikan je. Rezeki Allah yang tentukan. Jangan kita pesongkan hati (buat operation, pkai sexy2) semata2 nak nmpk cantik untuk dapat keja. Dpt dosa la sbg bonusnya. Ada tu rezeki untuk kita. Janji majikan kita ambil kita sebab sape kita, pengalaman kita, keinginan kita utk berjaya. Bukan kerana rupa k. Rezeki biar lah halal, utk jadi darah daging kita jugak smpai mati nanti.

Dalila, aku tulis kat blog ni bukan nak kutuk kau tau. Aku sokong kau sgt2. Kau dh ada rupa, takyah la dulik pasal mamat gila seks yg interview kau tu. Baik la kau cari majikan yang ohey dr yg tu. Bahaya kau kalau dapat mamat tu. Nanti tak jadi admin, jadi G.R.O (glo) hahahahahaha..

Okay2, takmo emo2 pagi2 ni.. Muka buruk ke muka santek ke, mati sm gak bungkus dgn kain putih pastu kena soal. Allah tak memilih kan? Sume Allah sayang kan? Allah tak lihat luaran, Allah lihat hati kan? Saaaayang Allah. (dah macam rancangan Mari Mengaji lak ha).

Notahujungjari : muka makeup tebal = santek. muka tak makeup = buruk
Moral : beli la bedak tempek byk2.

Tata!

No comments: