CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 21, 2010

Saya bukan Ahlong, saya mahu tolong~

For the first time aku nak bayar PTPTN.. after a year la jugak baru aku nak start bayar. Bukan taknak bayar ye, kalo keja pun lum ada, nak bayar guna apa..  Ni aku dh pun memulakan kerja jadi boleh lah memulakan jugak pembayarannya. Di sebabkan kaunter PTPTN ni cuma ada di KL Sentral jadi tak dapat la aku nak g bayar time keja. Yang ada cuma lah maybank2u sajo.. Nasib baik ada mayban2u, hanya dihujung jari anda! Aku belum bt bayaran lagi, sebab page maybank2u slow la, dok loading dari tadi..

Jap lagi dh ok sistem dia, aku bayar eh. Debar2 ni nak bayar.. hahaha.. pasni takleh dah PTPTN hantar surat peringatan kat aku dah.. haha.. Beberapa hari yang lepas aku dapat surat dari satu agensi ni, katanya wakil dari PTPTN untuk saman aku kalo aku xbayar gak hutang bermula 14 hari dari tarikh surat tersebut. Takpe lah, aku tak marah pun sebab dh memang keja dia. Dan memang aku tak bayar pun, jadi mestinya diorg sangat marah sampai nak saman aku gitu. Tapi yang aku tak puas hati sangat-sangat bila dalam surat dia dia tulis, pihak diorg nak failkan kes ni sebab aku dengan sengaja tidak mahu membayar. Di ulangi, aku dengan sengaja tidak mahu membayar. Kalo dah takde keja aku nak bayar pakai apa.. Bukan aku sengaja taknak bayar. Ni pun kira nasib baik la aku dah ada keja, aku leh bayar hutang ni ha. Yang kawan-kawan aku yang lain tu lagi kesian. Memang la keja, tapi kalo gaji ikut hari sehari rm45 cukup ke? Tambang lagi, makan lagi, kalo yang sewa rumah tu lagi la.. tolak KWSP tinggal brape sen je.. Kalo nyimpan pun, tgh bulan mesti amek balik duit yang konon2 nak simpan tu. Abis, cane nak bayar PTPTN? Memang la tak banyak nak kena bayar, tapi ramai kawan-kawan aku cakap diorg terpaksa ketepikan PTPTN demi meneruskan kelansungan hidup. Maknanya kat sini, hal-hal peribadi lebih penting dari nak bayar PTPTN tu. Dengan rm600 tu baik la diorg utamakan kepentingan diri sendiri dan family dulu (bagi yang hukur sikit duit kat mak).

Aku bukan la nak kondem PTPTN, takde langsung. Sebabnya aku siapkan degree aku pun guna PTPTN gak. Cumanya disini, peluang belajar dah ada, pinjaman pun leh dapat, tapi peluang pekerjaan dengan gaji yang setimpal amatlah sukar. Aku cari kerja selama setahun, especially swasta. Nak yang ada degree, tapi gaji bayar ciput. Kurang dari rm1500. Boleh ke? Ada 1 company bumiputera ni dia nak hire aku dengan rm800 walaupun dia tahu aku ada degree. Ni bukan masalah ada degree pastu nak demand, tak.. Tapi kalo dh gaji rm800 aku nak bayar PTPTN cane? Itulah pertaliannya.. Pinjaman bt degree tak sama mcm diploma. Pinjaman degree banyak, jadi banyak la nak kena bayar.. Dan jauh aku ngarut ni.

Sistem maybak2u still takleh masuk. TAC dah dapat, pastu hang. Ntah dah potong ke belum duit aku tu.

Ada orang kata PTPTN ni sama mcm ahlong. Orang kata bukan aku kata occay! Aku pun tak pasti la, ye ke tidak. Bagi aku setiap yang kita pinjam kita kena la pulangkan. Mana leh buat bodoh je kan, esok kat akhirat nak bayar guna apa? Guna pahala? Kalo pahala banyak, kalo pahala sikit dah tinggal apa je kat aku nanti? Mati aku nak menjawab. Tapi yang bestnya bila PTPTN kenakan bunga, bukan ke bunga (riba) tu haram. Aku pinjam rm18 ribu ++ tapi nak kena bayar rm21ribu. Memang la lebih rm3ribu je.. Tapi bunga la jugak tu kan? Boleh ke? Ntah la.. komen lebih2 kang bukan layak pun. Cumanya kalo boleh takyah la bunga tu, kesian pada yang tak mampu. Tak mampu kat sini gaji tak setimpal dengan tugas kerja dan kelayakan. Boleh ke? Ni cadangan aku je, dah kata ni blog aku.

Dah lah, malas nak cakap banyak, maybank2u buat hal. Nak check duit aku dia dah tolak ke PTPTN ke lum.

Moralnya, apa kata lepas ni bila kita kawen dah ada anak kita bukak SSPN utk anak-anak kita. Bila diorg nak masuk U takyah la pinjam PTPTN banyak sangat mcm mak abah dia (aku la tu) jadinya takde la banyak sangat hutang anak-anak kita nak kena bayar nanti. Kan? Sebab ekonomi zaman anak-anak kita tak tahu mcm mana. Lagi 20tahun, korg tahu ke corak ekonomi nanti mcm mana? Dengar kata, ni kata-kata dari kenalan yang keja dengan BSN Prudential, katanya esok2 bila sampai zaman anak-anak kita, silap2 rakyat wajib amek insurans nyawa, PA, education, medical.. Ha, gimana? Maaf ye saya bukan pakar ekonomi.

Tata!

No comments: