CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 3, 2012

DIY : Corsage with Felt Fabric

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Salam Jumaat sayangs!

Sepatutnya hari ni aku cuti. Tapi kerja masih banyak. Terpaksa la aku cancel cuti yang dah diluluskan tu. Sobsobsob. Disebabkan mood nak g kerja hari ni macam hampeh, jadi malam tadi aku buat something supaya aku bersemangat sikit nak g kerja. Ada kena mengena tak? Maybe bila buat benda yang aku suka malam tadi, kot-kot pagi ni aku ceria nak g kerja.. Gitu? Mengarut kan? Hiks!

Malam tadi dekat-dekat pukul 10malam baru start buat corsage ni. Sempat buat dua jenis corsage. Tapi warna yang sama. Apa-apa ntah. Hehe. Sorry eh, sebab memang tujuan asal nak buat corsage menggunakan felt berwarna merah.




Corsage Pertama



Sorry, aku tak tau nama bunga ni apa.. Penah jumpa template bentuk mcm ni, kat situ dia tulis template bunga daisy. So kita anggap dia bunga daisy boleh kot.. Okay.






Print template dari sini, yoonie-at-home.blogspot.com. Kalau boleh print atas kertas keras siap-siap. Supaya senang nak gunting. Takde la lembik macam daun. Yang warna merah itu adalah felt fabric ya.





Dah siap lukis atas felt fabric, boleh lah gunting cantik-cantik!






Susun bermula dengan saiz paling besar kepada saiz paling kecil. Pastikan kelopak kecil berada di atas. Jangan terbalik lak tau.






Letak butang yang comel-comel kat tengah-tengah bunga. Lepas tu jahit. Sebaiknya jahit daripada menggunakan gam.





Bahagian belakang bunga. Sila abaikan jahitan tersebut. Sebab nanti nak tutup dengan pin. Pandai tak taktik sembunyikan keburukan sendiri? Hikhik!





Tat taraaaaa!! Siap. Tapi masa dah siap ni aku terus rasa macam 'mati la nak buat 50++ corsage kalau mcm ni'. Sebab nak gunting kelopak dia satu-satu leceh. Lagi-lagi bila part kelopak kecil. Kena try cara yang lebih mudah nampaknya.. Ermm..

Pling! Keluar mentol lampu atas kepala.




Corsage Kedua



Puas aku refresh balik memori dalam otak aku tentang semua tutorial yang aku pernah google. Last-last aku pilih untuk buat yang ini. Kalau tak jadi baru aku try yang lain. Tapi macam dah jatuh hati je dengan yang ini..





Yang ni template belasah sendiri buat. Takde stok right click and save. Huhuhu! Tapi takpe, yang ni korang cari je apa-apa bentuk bulat, lepas tu tekap atas felt fabric. Kelopak kecil-kecil dia aku saja tak buat bulat elok-elok. Saja buat bulat tak siuman macam tu.





Kelopak yang bentuk bulat tak siuman tu dilipat dua. Macam gambar di atas.





Lepas tu lipat lagi sekali supaya jadi macam bentuk segi tiga comel.





Susun elok-elok atas bulatan besar. Yang ni baru siap susun satu line atas tapak bulatan. Yang ruangan tu kita isi jugak dengan kelopak kecil yang telah dilipat. Oh ya, kelopak kecil yang dah siap dilipat sampai jadi bentuk segi tiga tu aku jahit sikit kat hujung dia. Sebab dia tak duduk diam. So aku jahit dia. Senyap terus. Haha! Nampak kan benang-benang halus kat dalam picha kan? kan?











Mana satu eh?
Maybe corsage yang kedua kot jadi pilihan hati
senang sikit pastu 3D
kan?



Okay, lets do it for my w-day!!









thanks korang!



Love,
Tata!









4 comments:

safurara said...

bunga num 2 tu kena jahit ke?susah x dear.

Nursaila Norman said...

rara : jahit sikit je kat hujung bucu tu..bagi dia diam. kalau tak dia asyik terbukak susah nk tampal kat bulatan besar tu..

i rasa yg bunga no 2 tu xsusah.. try la.. rara kan biasa dgn felt fabric kan? :)

pexky said...

shantekkk.. siyess..
tetiba rase tingin nak buat jugak.. nak nak nak nakk..
"woi mek.. pandai ker nak menjait sdiri tuh.. mcm gigih sgt" dialog utk diri sendiri..
mcm mane nak buat.. nk masukkan benang dlm jarum pun terkial-kial.. tuh la mase KH Bersepadu dulu.. x blaja btol².. mode:nyesalll..sobsobsob

Nursaila Norman said...

pexky : boleh je bt tu..practise make perfect..hehe :)
sila masukkan benang slow2 ehh.. :D