CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 14, 2012

Cerita semalam..

Assalamualaikum
dan
Selamat Sejahtera Semua



Pagi tadi kitorang (maksud kitorang tu ialah aku berserta En Zhul) dengan semangatnya bercerita kat ahkak-ahkak dan Adik Dell pasal meeting semalam. Al-maklumlah.. First time buat set up meeting dekat Sasana Kijang, mau tak teruja sekor-sekor. Dah macam rusa masuk kampung. Tapi semalam bukan rusa yang masuk kampung.. Anak-anak buah En Boss masuk Sasana Kijang. Hikhikhik! Eh, jap.. Bukan anak-anak buah je yang teruja okeh.. Tan Sri, Dato', Datuk, Tuan-tuan besar semua teruja. Sasana Kijang kan tempat baru, hospitaliti dia lak canggih manggih. Seronok la orang-orang besar. Kami orang-orang kecil ni apa lagi ya tak? Tapi.. Ada tapi okayyy.. Tapi mati la kalau asyik request buat meeting kat situ lagi. Jauh tu takpe.. Tapi tempat orang kan. Kalau tertinggal apa-apa atau tak tercukup apa-apa siapa nak patah balik ke Putrajaya? Huhuhu. Nasib baik semuanya cukup dan lengkap.

Okay, cik kak.. Tak payah bebel-bebel. Layan picha tuan punya blog boleh tak? Boleh la eh.. Boleh eh? Hehehe.. Orang over memang macam ni. Bluwekk.



ni masa baru tiba. kena tunggu kat lobi dulu sebelum boleh naik set up bilik meeting. hukhuk.





yang tu muka susah hati sebab dia orang kuat meeting.
yang sorang lagi errrr.. orang kuat angkat kotak.





okayyy.. ni kitorang!
apasal macam tangga eh?





En Zhul curik makanan aku.





ini refreshment masa meeting


Keadaan sepenuhnya dalam bilik meeting aku tak snap sebab takut kalau-kalau bilik tu privacy kan. Untuk minum petang pun aku tak sempat snap sebab sambil makan sambil fikir nak balik. Dah pukul 7 kot. Penat dah. Huhuhu. Nasib baik aku pakai baju hitam polka dot tu walaupun dah banyak kali aku pakai sebab aku suka. Heeee. Sebabnya semua orang ber'blazer' hitam. Aku malas nak ber'blazer'. Nasib baik baju hitam tu dapat memberikan kesan korporat walaupun aku dah pakai banyak kali. Hikhikhik.

Maaf lah, aku buat entry sambil kena ganggu dengan En Boss. Walaupun dia takde kat pejabat, tapi dia boleh sms. Huaaaa.. Aku tau entry ni macam hampeh. Ceh. Okay lah, kena jawab soalan kaji selidik pulak. Nak lunch dah ni. Kaji selidik pulakkkkk.



thanks korang!




Love,
Tata!



No comments: