CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 25, 2014

DIY Sampul Duit Raya

Assalamualaikum.



Dapat sampul duit raya dari company tapi macam tak sesuai je nak bagi dekat budak-budak. Sebab paper tebal sangat, saiz panjang. Company Suami pun sama. Huhuhu! Bukan kedekut nak bagi sampul tebal-tebal, panjang kat budak-budak.. Tapi budak-budak kannn.. Yang penting isi, bukan sampul pun. HEHE.

Bila isi minyak dekat Petron dapat sampul jugak, tapi versi panjang. Sekarang ni susah ya nak dapat sampul yang pendek-pendek macam dulu-dulu tu? Comel-comel je.. Dapat dari Affin Bank pun versi panjang jugak. Tak pasal-pasal penuh sampul duit raya kat rumah, tapi semua panjang-panjang.

Tiba-tiba, kebetulan aku terjumpa satu website ni, dia bagi free je template sampul duit raya. Masa tu dekat KK nak check up. Takde lah berkobar sangat nak buat. Sebab fikir tinggal berapa hari je pun. Tapi bila masuk ofis, mood kerja dah takde, kerja pun takde.. Aku print jugak lah template tu semata-mata nak mengisi masa lapang.








































Tak sangka dapat buat 54 keping sampul duit raya, atas bantuan Suami dengan adik malam tu jugak. HEHE. Terima kasih sayangs! Tapi Ayah suka dia mintak beberapa keping. Adik pun nak jugak, Leha pun jugak. So harini datang ofis semata-mata DIY sampul duit raya jelah.. Menambah bilangan yang dah berkurang.

Seronok gila bila dapat DIY sampul duit raya, lepas tu isi dengan duit, lepas tu bagi dekat budak-budak. Hohoiiiii.. Perasaan dia sangat teruja! Siapa nak sampul duit raya? Siapa nak? Siapa nak? HEHEHEHE.

Terima kasih http://inmystudio.com.au

Tak sabar nak balik kerja. Mood nak raya je nieeeee..






Love,
Nursaila Norman!



8 comments:

cik fadh said...

ala bestnyer..fadh bkn main payah lg nk dpt sampul..tp da hujung2 ni baru la ade..comel sampur diy tu !

Rina Ellisa said...

cantik saila..

Tolong la bagi rina satu sampul..
Sampul kosong pon boleh.. Hehehehe.. =D

Sheila Salim said...

Assalamualaikum saila. lawanya. kreatif la awak. suka tengok... buatkan gak untuk kita. hihiiii

Nuriesya Nadia said...

Tolonglah jangan kreatif dan comel sangat akak oiii.

p.s : kita nak sampul berduit eh. Hahaha. :p

Nurul said...

Comey nya sampul duit raya tu...
Selamat Hari Raya, Saila...
Maaf zahir dan batin...

PetakBunga said...

alohai.. rajin nya..

Hannah Sytieh said...

rajin nye... hana tak serajin ni. haha.. bagus2 ibu mengndung sorg ni rajin

Unknown said...

rajin nya mommy to be sorang niiii..klu kiter, beli je..hehehe