CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 6, 2016

RAMADHAN 2016

Assalamualaikum




Ahlan Wa Sahlan Ya RAMADHAN!

Lajunya masa berlalu. Ramadhan muncul kembali. Tapi aku tak well prepared untuk Ramadhan kali ni. Aku banyak kejar masa untuk buat benda yang pending. Dan aku sibuk mengecat rumah instead of prepare diri untuk mulakan Ramadhan. sobs!

Harap aku mulakan hari ini dengan terbaik (solat, puasa, berbuka). 

Aku harap sangat puasa kali in aku mampu kekalkan disiplin macam tahun lepas. Berjimat cermat semasa berbuka. Insyaallah, amin. Tahun lepas RAMADHAN 2015 : Jauh Lebih Sempurna aku berjaya berjimat cermat. Yay!

Satu sebab dah ada Melissa (for the first time!), mana dapat nak berbuka dengan penuh perasaan sangat. Masa tu dia baru 9 bulan. Kita makan dia pun of course nak makan.

Kedua sebab Suami. Dia banyak ajar aku erti bersederhana semasa berbuka (berbuka dengan kuih muih je dulu, nasi lepas Isyak).

Ketiga sebab tahun lepas aku tak bekerja. Jadi by hook or by crook kenalah berjimat cermat kan..

Tahun ni Melissa dah pandai makan sendiri, kiranya dah boleh lah Ibu dengan Abah dia nak menikmati juadah berbuka lebih sikittttt. Hehehehe. Lepas tu aku dah bekerja pulak, aku harapppppppp sangat aku boleh control diri. Huhuhuhu! 

Beberapa hari sebelum masuk Ramadhan, aku dengan Suami ada la berbual-bual macam berbincang sikit macam mana nak berjimat cermat Ramadhan kali ni - memandangkan aku dah bekerja - aku risau aku terbabas. Hiks! Penyelesaiannya kami decided untuk peruntukan sehari RMx ringgit. Lagi pulak kami berdua berbuka dengan makanan ringgan je, Suami biasanya kuih muih. Aku luar biasa sikit selera (Hahaha!) kadang-kadang nak murtabak, kadang-kadang nak kebab, kadang-kadang nak popia, kadang-kadang aku pun tak tahu aku nak makan apa. HAHA. Part ni bagus, jimat terus!

Jadi kami buat anggaran sehari RMx ikut purata harga makanan feveret kami tu. Malam lepas Isyak time Melissa tido aku akan masak nasi dan sejenis lauk. Senarai lauk aku dah tulis beserta resepi (HAHA!) dan aku akan beli bahan untuk masakan tu untuk stok seminggu. Esok pagi panaskan nasi dan bancuh air tenaga kami Milo + Nestum. Jyeah!

Masa acah-acah berbincang dengan Suami haritu, Suami cakap kalau tahun lepas kita boleh buat, tahun ni pun kita kena usaha bagi boleh jugak lah. Kalau kita boleh hidup dengan pendapatan yang kecil tahun lepas, kenapa tahun ni tak boleh. Sepatutnya penambahan pendapatan bukan lah alasan untuk kita membazir. 

Betul.

Bukan tentang berpuasa je pun. Tentang segalanya. Tahun lepas Suami kerja sorang. Boleh je kami hidup. Pandai pulak berjimat cermat. Kenapa bila aku dah bekerja aku kena tinggalkan cara hidup tahun lepas kan? Jadi aku dah kuatkan hati, lebihan pendapatan kami bukan alasan untuk aku beli benda bukan-bukan. Makan bukan-bukan (dengan alasan nak try lah, nak rasa lah). Aku dah tanam dalam hati benda tak perlu adalah tidak perlu. Kalau setakat nak merasa tu fikir dulu perlu atau tak. Setakat kopi hispter tu, sedap lagi kopi Hang Tuah okeh. Next!

Tetiba teringat pasal raya tahun lepas. Gambar raya kami bertiga untuk kali pertama dalam hidup kami tak upload dalam blog rupanya. Haihhhh. Upload dalam IG dan FB je rupanya. Hehehehe. Maaf Blog! Okay-okay, minggu-minggu depan kita upload lah eh. Tahun ni kekal bertiga, tapi tahun ni belanja lebih sikitttt je untuk Melissa. Hiks!





Love,
Nursaila Norman!



3 comments:

Fahimah Mahayuddin said...

selamat berpuasa saila =) . samala kita. kena jimat2 puasa tahun ni.

chezaza said...

samelah kite pon mkn berat2 lps isyak.
bile ank dh tido blh la mkn dgn amannye. haha!!

EZAN IDMA said...

bagusnyaaa ada tips berjimat . kita pon kadang2 terbabas jugak. tah hape2 tah beli kadang dekat rm20 sekali jalan bazar. tahun ni bawak rm5 je tupon beli yang ringan2 jee heeheh